Pages

Wednesday 29 May 2013

UMRAH 2013 :)

Assalamualaikum 
* to muslims . sila lah jawab salam tu ya :) *

Yaaaaaaaaaaaaaa ! Kini aku kembali ! Hahahaha . Kali ni aku nak cerita pasal Umrah 2013 bersama Ajwa Travel masa bulan 3 hari tu . Pengalaman menjejakkan kaki ke kota suci Mekah dan Madinah amat menyeronokkan dan menghayat hati . Yalah kan . Orang Islam yang manalah yang tak nak menjejak kan kaki ke kota suci Mekah dan Madinah ? Betul tak ?

Aku tak ingat berapa hari aku ada dekat Mekah , tapi aku ingat berapa hari aku dekat Madinah . Aku ada dekat Madinah selama 4 hari 3 malam . Pengalaman aku masa dekat kota Madinah amat menyeronokkan . Kalau nak berbanding orang yang bercuti pergi ke Australia . USA , China , Korea and banyak lagi . Aku tetap pilih Mekah dan Madinah sebagai destinasi perlancongan yang paling terbaik untuk aku dan untuk semua umat Islam di atas muka bumi Allah ini :)

Tanpa melengah kan masa lagi . Aku nak share gambar yang aku ada sepanjang aku berada di kota Mekah dan Madinah . Tapi yang ni ringkasan sahaja taw . Kalau nak ikutkan banyak lagi sebenarnya :)


Masa ni aku dekat KLIA . Gambar ni masa sebelum aku berangkat ke Madinah . Perasaan aku masa tu , hanya Allah je lah yang tahu . Gembira , takut dan macam macam lagi :D


 Yeahh . Sebelum tunggu nak berangkat tu . Baik lah aku duduk dulu dengan Pak Ucu aku ni . Oh yaaa ! Aku lupa pulak . Aku buat Umrah dengan pak sedara aku . Mama , Papa and Adik tak ikut sekali sebab diorang dah pernah sampai . Cuma aku je yang belum sampai lagi masa tu . Lagi satu , ni sebenarnya hadiah PMR aku . Walaupun keputusan aku tak berapa cemerlang . Tapi Mama tetap nak hantar aku pergi buat Umrah . Alhamdulillah . Memang tidak disangka sangka , pada usia yang agak muda . Aku sudah menjadi tetamu Allah . Alhamdulillah . Ini semua atas kehendak Allah . Manusia hanya mampu merancang , Allah pula yang menentukan . Allahuakbar !


 Hah ! Ni lah kapal terbang yang aku naik . Seriously , aku bukan lah dari keluarga yang berada . Jadi inilah pengalaman yang pertama kali aku naik kapal terbang . Perjalanan yang memakan masa sehingga 8 jam memang tidak menyeronokkan sebab memang tak best lah duduk dalam kapal terbang lama lama . Masa tu pulak aku dapat kapal terbang yang kecil sedikit . MashaAllah . Masa tu Allah je lah yang tahu . Mungkin masa ni Allah nak uji aku dan pak ucu aku . Yelah kan ? Tetamu Allah . Mesti lah Allah bagi ujian untuk melihat tahap kesabaran kita kan ? :)


 Nikmati lah pemandangan ini . Sungguh cantik bukan ? Masa sebelum aku nak flight lagi aku dah target nak tangkap gambar macam ni . Alhamdulillah . Dapat pun . Hahaha .
Cantik kan ? :)


 Pada pukul 10 lebih waktu Madinah aku sudah berada dia airport Madinah . Masa ni aku baru lepas imigration lah apa lah . Orang arab masa ni boleh tahan kasar jugak . Hahaha . Sebab dia nak uruskan ramai kan ? So , mestilah tension . Hahaha . * muka aku happy tak ? Hahaha *


Yeahh . Pak Ucu tutup mata pulak . Oh ya ! Sebelum tu , Pak Ucu aku ni single lagi . Hahaha . Sesiapa yang berkenan boleh lah berkenal kenalan dengan pak ucu aku ni . Hahahaha xD


Yaaaaaa ! Gambar ni masa aku dah sampai dekat hotel aku . * nampak tak pak arab dekat belakang tu ? Dia tu ...... Seriously menyirap . Hahahaha xD * Pemandu bas dekat sana semua bawak laju laju . Macam samseng pun ada jugak .

Then , aku check in hotel apa semua . Maka selesailah malam pertama aku di kota Madinah . Masa ni aku tak dapat pergi Masjidil Nabawi sebab aku , pak ucu and roommate semua dah tak larat dah . So kitaorang solat dekat dalam bilik je . Hotel masa dekat Madinah biasa biasa je tapi dekat lah dengan masjid . Aku masuk Masjidil Nabawi ikut pintu no 21 . Haaaaaaaaaaaa ! Aku ingat lagi seyh aku masuk ikut gate no berapa . Hahaha . Yelah kan . Pengalaman yang paling bermakna , mestilah ingat :)


 Yaaaaaaaa ! Ni masa lepas solat subuh yang pertama masa aku dekat Madinah . Kira first day lah kan ? Masa first day tu aku bersemangat gila nak masuk Masjidil Nabawi . Pukul 4 pagi dah bangun . Hahaha . Masa aku pergi sana . Cuaca dekat Madinah sangat lah sejuk . Masa keluar dari hotel nak ke masjid tu . Angin dekat luar tersangat lah sejuk . And lagi satu , pagi pagi lagi dah ada pak arab bukak table tahu , jual al-Quran lah , jual kain lah , jual tasbih lah . Haishhh . Macam macam lah . Hahaha . But I'm man , aku tak rambang mata pun :P


Yaaaa ! Tu senua roomates aku ! Hahaha . Dah tua tua dah , aku je yang masih muda . Hahahaha . Kitaorang pergi mana mana mesti pergi sama sama :)

 Dalam Masjidil Nabawi :)


 Nampak kan kubah hijau tu ? Dibawah nya terletak makam Nabi Muhammad S.A.W . Disitu juga lah sebenarnya kediaman Nabi . Allahuakbar ! Meman sebak masa ni bila aku dapat tengok semua benda ni dengan mata aku sendiri :')


 sweep panorama :)


 Ni lah payung payung yang melindungi perkarangan Masjidil Nabawi dari panas dan sebagainya . Berapa kali jugak lah aku solat Maghrib bawah payung ni sebab terlambat pergi masjid . Hahaha . Payung ni dibuka secara automatik mungkin ? :)


Pintu yang aku masuk untuk ke dalam masjid :)


 Aku dan Pak Ucu :)


 payung :)


Masa first day , aku tak dapat melawat Makam Nabi Muhammad and masuk Raudah . So second day aku dekat sana aku balas dendam ! Hahahaha xD

 Aku rasa dekat sini lah imam imam Masjidil Nabawi solat . Dekat tempat nilah tempat yang paling depan sekali dalam Masjidil Nabawi :)

 Yeahhhh , my journey begins !

 Yaaaaaaaaaaa ! Ia semakin dekat !!!!!!!!!!!!

 SEMAKIN DEKAT !!!!!!!!!!!!

 SAMPAI PUN ! ASSALAMUALAIKUM YA RASULLULLAH ! * air mata aku masa ni dah start mengalir * Kebanyakkan orang pun bila sampai sini menangis , mengalir kan air mata sebab dapat tengok sendiri makam nabi Muhammad . Kalau lah nabi Muhammad masih hidup lagi ....... :'(

  Pintu makam Nabi Muhammad :')


Setiap pintu yang ada dekat Masjidil Nabawi bercorak sebegini :)

Lepas aku dapat masuk Raudah apa semua . Aku balik lah hotel sebab lepas tu kitaorang ada ziarah ke tempat tempat sekitar Madinah . So , dekat bawah ni lah antara tempat tempat nya :)

 Masjid Quba'

 Ladang Kurma :)

 Jabal Nur . * maafkan aku kalau info aku ni salah . Sebab aku dah ingat ingat lupa :p *

 Perkuburan ...... Arghh ! Aku dah lupa . Tapi yang penting ada kubur para sahabat dalam ni :)

 Jabal Nur :)



 Tu lah antara jemaah aku . Sikit je tu . Ada ramai lagi sebenarnya :)

 Me at Hilton Hotel . Tujuan nya satu je pergi dekat Hilton ni . Dekat sini je yang kitaorang jumpa yang ada ATM machine . Hahahaha xD

Masjidil Nabawi :)

Okay . Tu je lah gambar yang aku boleh ringkas kan sepanjang aku berada di Madinah . Sekarang ni aku nak cerita pengalaman aku sebelum berangkat ke kota Mekah !

 Gambar ni masa sebelum naik bas untuk pergi ke Mekah . Kitaorang semua dah siap siap memakai ihram .Ohh ! Sebelum aku terlupa . Sebelum kitaorang berangkat ke Mekah . Allah telah memberi satu ujian untuk kitaorang semua . Balik balik masjid je . Tak ada air ! Allahuakbar ! Macam mana lah nak mandi sunat apa semua kan ? Kitaorang terpaksalah beli air mineral dekat kedai sampai berbotol botol . Hahaha . Sebelum pergi masjid pun sebenarnya air dah tak ada . Kitaorang terpaksa tak mandi dan ambil wudhu' dekat masjid . Tapi kitaorang ingat kan lepas balik dari masjid dah ada air . Rupa rupa nya tak ada lagi . So , apa boleh buat ? Senyum dan sabar je lah :)


Kitaorang sampai Mekah masa dah nak dekat masuk waktu Maghrib . Tapi belum Maghrib lagi . Masa sebelum masuk ke Mekah tu , mutawif dekat dalam bas tu bacalah doa doa sebelum masuk ke tanah haram apa semua dan bartalbiyah semula . Masa tu aku dah tak fikir apa . Aku fikir nak tengok menara jam je . Hahahaha . Menara jam tu memang tinggi , besar dan sangat sangat cantik ! Travel aku tak dapat nak menempatkan kitaorang semua dekat hotel Reetaj . Hotel Reetaj tu hotel yang paling depan sekali dekat dalam Zam Zam Tower . Travel aku menempatkan kitaorang semua dekat Hotel Safwa Royal Orchid . Dekat Safwa Tower . Hotel tu pun dekat jugak dengan Masjidil Haram malah hotel tu terletak di sebelah sahaja dengan Zam Zam Tower .

Masa nak tunggu mutawif nak check in kan hotel kitaorang semua , kitaorang dijemput minum kopi Arab and kurma . Kitaorang apa lagi , layan kan je lah . Sekali je rasa kopi tu . " Ehhh ! Ni kopi ke hape ? Rasa macam teh sarbat je :p " Hahahaha . Tak lama tu azan pun berkumandang . Tanpa melengah kan masa . Terus sambung saf yang sedia ada dan solat Maghrib . Lepas waktu Isya' baru masuk Masjidil Haram dan buat umrah . Masa kali pertama aku tengok kaabah , aku rasa sangat sebak . Sebab siapa sangka kan ? Aku dapat solat , tengok kaabah dengan mata aku sendiri . Sebelum ni hanya solat mengikut arah kaabah je . Tapi kali ni dapat solat , sujud , tawaf betul betul dekat dengan Kaabah ! Allahuakbar ! Memang tidak disangka sangka :')


Masa ni baru habis tawaf umrah kali pertama . Allahuakbar ! ? * harap maaf kualiti kamera tidak berapa bagus -.- *


 Bangunan yang tersergam indah . Tetapi aku takut sebenarnya . Sebab salah satu tanda tanda kiamat . Bangunan dibina lagi tinggi dari masjid . Allahu . Tapi menara jam ni memang cantik .  Kalau kau perhatikan masa masuk azan Maghrib . Yang tiang panjang kat atas sekali tu akan keluar lampu hijau yang sangat terang . Memang cantik . Tapi benda ni tak boleh lawan dengan Kaabah . Kaabah lagi cantik :')

Beautiful right ? Aku duduk betul betul setentang dengan pancur emas :)

Then aku pergi buat Saie . Maaf tiada gambar masa buat saie tu . Semua sibuk berjalan ke Safa - Marwah . Kena pusing 7 kali . Penat lah jugak . Mutawif aku power gila . Walaupun dia berlari bukan berlari anak lagi dah , tapi dia still boleh baca dengan jelas dan tak tercungap cungap pun . Aku ni dah tercungap cungap dah . Memang penat lah buat saie ni . Macam mana lah Siti Hajar dulu eak ? Cari air untuk Nabi Ismail . Allahuakbar . Aku habis buat umrah kali pertama dalam pukul 12 malam and guess what apa yang terjadi bila aku keluar dari masjid ?

Ohhhhhhhhhhh Yeahhhhhhhhhhhhhhh sandal aku hilang !!!!!!!!!!!!!!! Hahahaha xD memang best lah kan ? Dah lah sandal Adidas . Haisshhhh sabar je lah . Sampai sekarang aku tak sandal sendiri . Pinjam papa aku punya je . Sebab saiz kaki lebih kurang sama . Hahaha xD Mutawif aku perasan muka aku sedih semacam je . Lepas tu dia tanya " Kenapa Haziq ? Selipar hilang ke ? " then aku angguk dan tersenyum sedih . Dia ketawa then dia cakap " Alaaaaaaa . Perkara biasa lah tu . Selipar hilang " Aku tunduk dan senyum je . Haihhhh . Apa boleh buat kan ? Redha je lah . Hahaha xD

Oh wait ! Guess what aku dapat bilik apa ? Aku dapat bilik Kaabah view !!!!!!!!!!! Hahahahaha xD memang best lah kan ? Masa first time masuk bilik tu , tengok dari pintu nak masuk je . Aku dah nampak Masjidil Haram . Dan aku lari pergi dekat tingkap and aku nampak Kaabah yang tersergam indah . Allahuakbar ! Nak tengok view dari bilik aku ? Ni hah :

Sekarang ni Masjidil Haram tengah renovation . Untuk besarkan lagi masjid nya . Cantik kan view nya ? :')


Masa hari ke berapa entah aku tak ingat . Aku ada ziarah ke tempat tempat sekitar Mekah . Dekat bawah ni lah tempat tempat yang aku pergi :

Aku tak ingat Jabal apa ni . Tapi dekat jabal tu lah Nabi Muhammad menyorok . Nabi Muhammad menyorok dekat Gua Hira' . Aku tak join pun panjat gunung ni sebab masa tu aku nak buat Umrah kali kedua . Tapi panjat gunung ni bukan hari yang sama . Masa hari lain . Tak silap aku . Esok nya kowd para jemaah aku pergi panjat gunung ni . Memang tinggi kan ? :)

Yaaaaaaaaaaaaa ! Siapa lah tak tahu tempat ni kan ? Jabal Rahmah ! Tempat dimana Nabi Adam dan Hawa bertemu setelah sekian lama terpisah . Masa dekat sini , mutawif aku dok gelak gelak kan aku and roomates aku je . Sebab kitaorang semua single semua nya . Mutawif aku cakap macam ni

Mutawif : " Hah ! Haziq ! Lama tak tadi dok doa dekat Jabal Rahmah tu ? "
Me        :   Lama lah jugak ustaz .
Mutawif : Hahahaha . Wah ! Lepas ni korang semua dapat lah jodoh ya ?
Me and     In Shaa Allah ! Aminnn !!!!! :D
roomates : 
Mutawif
and semua : Hahahahaha xD
jemaah

Yeahhhhhhhhhh ! WE LIKE ONE BIG FAMILY RIGHT ? HAHAHA . Aku dengan jemaah lain agak mesra jugak lah . Sebab aku rajin menegur . Tak kira dari dari muda hingga lah tua . Semua aku friendly . Hahahaha . Aku dekat sana berlagak umur macam dah 21 tahun je . Padahal baru 16 je . Hahahaha xD

Then balik hotel apa semua . Pergi masjid balik . Nak tengok tak keadaan dalam Masjidil Haram macam mana ? Tapi aku snap sikit je . Haihhh . Rugi betul . Ni hah gambar nya :


Cantik kan ? Hari keberapa entah baru aku perasan yang dekorasi dalam Masjidil Haram tu cantik ! Hahahaha . Sebelum ni aku tertumpu dekat Kaabah je . Entah macam mana entah hati aku boleh terdetik nak tengok sekeliling bangunan Masjidil Haram :)

Ajwa Travel . Yaa ! Ni lah logonya . Cantik kan ? Syarikat ni sayarikat baru lagi . Tapi bos nya dah ada pengalaman uruskan jemaah Haji dan Umrah bertahun tahun lamanya . Nama bos nya Haji Iqbal . Ada sesiapa kenal ? Hahaha . Dulu dia bekerja dengan DZ Travel tapi sekarang dah tak dah :)

Dekat sana pun ada KFC taw ! Hahahaha xD KFC sana boleh tahan sedap lah jugak . Tapi spoil nya dekat negara Arab ni . Memang susah betul nak jumpa sos cili !!!! Erghhhh ! Yang ada sos tomato . Pehhhhh . We are Malaysian . Mana lah biasa makan dengan sos tomato kan ? Haihhhh . Sabar je lah .


Masa ni aku and Pak Ucu tengah tunggu roomates beli KFC . Hahaha xD salah satu faktor kenapa kitaorang beli KFC sebab kitaorang dah bosan makan dekat Felda D'Saji tu . Balik balik menu yang sama je . Tapi makanan dekat situ boleh tahan sedap jugak lah . Boleh lah . Potion nasi ayam and nasi arab memang banyak ! Boleh makan 2-3 orang . Hahahaha xD

Masa aku dekat sana . Aku ada melawat museum . Nak tahu ada apa dalam museum tu ? Ni hah gambar nya :

THIS IS THE FUTURE OF MASJIDIL HARAM !

Yang ni pintu Kaabah :)
* maaf kalau info salah :) *


Masjidil Haram yang lama :)

Tempat letak Hajarul Aswad :)

Kelambu Kaabah . Yang ni dekat bahagian pintu :)

Kunci Kaabah :)

Tiang Kaabah :)

al-Quran :)

Telaga Zam Zam :)

Telaga Zam Zam . Yang ni semua dah tak ada dah . Semua dia dah tutup :)

Lepas pergi meseum ni , kitaorang pergi tengok unta . Ni hah gambar nya :


Apa macam ? Comel tak aku ? Hahahahaha xD * perasan je :p *

Yang pakai serban tu lah Mutawif kitaorang . Nama dia Maulana Helmi :)

Then esok nya kitaorang semua pergi Jeddah . Saje je jalan jalan . Seriously , masa pergi jalan jalan dekat Jeddah tu tersangat lah bosan . Aku tak tahu lah apa yang best . Sangat sangat bosan . Masa sebelum pergi Jeddah tu . Aku adalah tangkap gambar sikit sikit . Ni hah gambar nya :
 

Walawey ! Pak Ucu ! Hahahaha . Botak licin maaaaa ! Hahahaha xD 

* napmak tak bangunan dekat belakang tu ? Tulah hotel aku . Dekat kan dengan Masjidil Haram ? *
Oh yaaaaaaaaa ! Aku lupa pulak . Masa ni aku kitaorang semua dekat perkarangan Masjidil Haram . Tengah tunggu bas . Bas dekat terowong bawah tanah . So terpaksalah jalan sikit :)


Zam Zam Tower . * dari tepi *

Zam Zam Tower dari sudut tengh .
Yeahhhh ! Kami sebilik ! Hahahaha xD

Harap maaf . Dekat Jeddah aku tak ada tangkap gambar . Sebab tak ada benda yang menarik . Barang barang pun mahal . Aku ingat dekat sana nak cari sandal Adidas or Nike . Tapi tak jumpa malah tak ada ! Erghhhh ! -.- Tapi kebab dekat Jeddah the best ! Hahahahaha xD sedap belaka . Hahahaha xD

Then balik semula Mekah . Sampai Mekah dah habis solat Isya' berjemaah dah dekat Masjid . Erghhh ! Kecewa aku . Tapi masa perjalanan balik tu , aku sempat tidoq . Hahahahaha xD mengantuk dan sangat sangat penat -.-

* Apa macam Pak Ucu aku ? Ada macam Ustaz Don tak ? Hahahaha xD *

 Masa hari last dekat Mekah . Aku and roomates semua sedih . Yelah kan . Hari terakhir lah katakan . Masa hari terakhir tu . Kitaorang pukul 3.30 pagi dah pergi masjid . Buat tawaf sunat apa semua . Aku tak pergi masuk Hijr Ismail masa tu . Haisshhhhh . Rugi nya aku ! Aku pun tak tahu kenapa aku tak pergi masuk . Tapi sebelum tu aku dah dapat masuk dah :) Alhamdulillah . Tapi ............... Aku tak dapat nak cium Hajarul Aswad . Memang sedih sangat . Tak dapat cium batu dari syurga tu :(

Tapi masa tu aku belum tawaf selamat tinggal . Lepas waktu Zohor baru buat tawaf selamat tinggal dan berat hati aku masa tu nak tinggalkan Kaabah tu . Memang berat sangat sangat . Aku tak tahu bila masa lagi aku dapat sampai sana lagi . Aku tinggalkan Kaabah dengan air mata yang basah di pipi . Masa tu tak payah lah nak cover macho . Tak ada guna nya :')

Then bertolak pergi Jeddah . Dekat Jeddah sempat singgah Masjid Terapung . Hahaha . Sempat jugak lah lepak lepak tepi laut merah tu . Then terus bertolak pergi Airport Jeddah . Kitaorang tak pergi International Airport . Kitaorang pergi Airport Haji . Allahuakbar . Memang sabar je lah . Airport nya biasa biasa je . Makanan tak payah cakap lah . Satu botol Pringles tu harga nya 11 riyal . Mahal gilaaa ! Tapi apakan daya . Beli jelah . Lagipun duit Saudi Riyal aku masih banyak lagi . Lagi satu tak kena bayar timbangan beg . Masa tu dia kira limit satu orang 2 beg je . Tak kira berapa kg . Alhamdulillah . Hahahaha xD

Flight kitaorang bertolak kira kira dalam pukul 1 pagi . Memang lama lah duduk dekat Airport tu . Tunggu lama gilaaa . Lepas tu , bila masuk je flight . Paramugari semua kata duduk je dekat mana mana yang awak suka . And aku macam " Apaaaa ni ? Kan dah tetap kan no seat dekat tiket ni . " Dia suruh duduk jugak mana mana yang kita suka . Then seat sebelah aku tak ada orang . Masa tu ada 2 orang perempuan tak dapat seat lagi . Terpaksalah sorang permpuan tu duduk sebelah aku . Ergghhhh ! Sabar je lah .

Alhamdulillah . Flight masa balik tu luas . Tak macam flight yang pergi tu . Kecil gilaa . Sampai Malaysia dalam pukul 2.30 p.m waktu Malaysia . Alhamdulillah . Semuanya selamat :)

Ini lah kenangan terakhir yang aku ada bersama roomates aku .

Aku harap . Aku dapat pergi sana lagi . Aku sangat sangat berharap .

 Pengalaman mengerjakan Umrah adalah kenangan yang sangat manis dan sangat sangat berharga . Tak mungkin aku dapat lupa kan macam tu je . Okay . Sampai disini sahaja . Haaaaaaaaaaaaaa ! Panjang kan ? Terima kasih sebab sudi baca post aku yang panjang meleret ni :) Syukran ! Assalamualaikum :)

0 comments:

Post a Comment